Thursday, March 18, 2010

Pisang Halang HIV Merebak


Di London, sekumpulan saintis AS mendapati bahan kimia yang di namakan Banlec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama spt 2 jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan Maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam.
Banlec merupakan sebahagian protein lectin yang byk terdapat tumbuhan terutamanya buah pisang.
Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.
Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Micheal Swanson berkata, Banlec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan enghalangnya daripada merebak.
"masalah sesetengah ubat anti-HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukarberbuat demikian dengan kehadiran Banlec",katanya. Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubahsuai Banlec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada di gunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain.

No comments:

Post a Comment